PENGENALAN




imej pertama saya digoogle search
Dikenali sebagai Qisya Khadeeja di media sosial. Saya menggunakan nama panggilan dan samaran ini sebagai imej terbaru saya semenjak 2013.

Qisya didalam bahasa arab bermaksud 'Hidup Yang Baik' dan Khadeeja pula membawa maksud lebih kepada wanita yang berjaya didunia dan akhirat dari segala segi. Dan ' KHADEEJA' juga wanita idol pertama saya semenjak lahir hingga kini. 

Sebagai blogger dan penulis blog bermula pada Febuari 2013. Ini adalah blog kedua saya yang saya harapkan akan menjadi rujukan dan sumber inspirasi mereka yang melayari blog ini.

Ketika ini saya berada dibidang insurans dan takaful serta baru belajar berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan permulaan kepada bidang-bidang lain.

Sebagai pemain adsense dan juga blogger berdaftar dan terpilih bersama adsense. Blog adalah antara pendapatan pasif yang saya idamkan kini dan masa akan datang.

Saya berharap saya dapat berkongsi peluang-peluang yang saya dapati dengan anda sebagai follower atau pembaca saya.

Untuk blog kedua ini saya menjemput anda yang mempunyai bakat penulisan, untuk menjadi penulis jemputan didalam blog ini. Saya berharap agar artikel anda dapat memberi manfaat kepada semua golongan dan blog ini sebagai permulaan untuk anda menjadi penulis blog dan menajamkan lagi kemahiran penulisan anda. Mereka yang berjaya biasanya dikelilingi oleh  'pahlawan-pahlawan'  yang hebat.

Saya mensasarkan mempunyai tiga buah blog sebelum akhir tahun ini. Dan seterusnya menjadi antara blogger berjaya di medan blogger ini. Bila lakukan sesuatu. Jangan berhenti sehingga anda berjaya dan puas hati.

Jika anda rasa putus asa, itu biasa tetapi pastikan anda terus bangun dan jalan terus. 

Terima kasih.



**** SELINGAN *** 




Saya menggunakan ke 2-2 akaun google imej saya iaitu qisya khadeeja (imej diatas) dan juga QISYA KHADEEJA (imej dibawah).



Jutaan Terima Kasih kepada mereka yang sudi menjadi follower qisya khadeeja ketika pertama kali menulis blog sehingga sekarang. Semoga anda akan terus sudi menjadi follower saya untuk masa akan datang.

TERIMA KASIH.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...